Saturday 9 May 2015

Lawatan Ke Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Pulau Pinang: Education Collaborative Program

Pada 08/05/2015 bersamaan dengan hari Jumaat, satu program lawatan ke sekolah-sekolah antarabangsa di Pulau Pinang telah diadakan dengan kerjasama Program Penutur Jati bagi daerah Kuala Muda Yan dengan kerjasama Unit Bahasa PPDKMY.
 
Sebanyak 3 buah sekolah telah dipilih bagi menjayakan program tersebut.  Sementara itu, Kuala Muda Yan telah memilih 7 orang guru untuk bersama-sama berada di dalam bilik darjah bagi merasai pengalaman tersebut.  Tujuan utama diadakan program tersebut adalah untuk mendedahkan guru-guru dan pegawai-pegawai tentang persekitaran pembelajaran yang baharu dan perkongsian ilmu tentan teknik pedagogi yang dapat menarik perhatian anak pelajar.
 
Sekolah yang terlibat adalah:
1. The International School of Penang (UPLANDS)
2. Dalat International School
3. St Christopher's Primary School (SCIPS)

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD kerana sudi bersama-sama kami dalam menjayakan lawatan tersebut.



 
 





 





Wednesday 29 April 2015

Jom Tingkat Prestasi

Program Jom Tingkat Prestasi  PKG Bujang pada 25 April 2015.  Program disempurnakan oleh Tuan Timbalan PPD En Shaari Bin Ismail.
 




Program Kajian Impak TFM di SMK Merbok

Program Kajian Impak TFM (Teach For Malaysia) di SMK Merbok di Daerah Kuala Muda Yan yang berlangsung pada 29 April 2015.