Sebanyak 3 buah sekolah telah dipilih bagi menjayakan program tersebut. Sementara itu, Kuala Muda Yan telah memilih 7 orang guru untuk bersama-sama berada di dalam bilik darjah bagi merasai pengalaman tersebut. Tujuan utama diadakan program tersebut adalah untuk mendedahkan guru-guru dan pegawai-pegawai tentang persekitaran pembelajaran yang baharu dan perkongsian ilmu tentan teknik pedagogi yang dapat menarik perhatian anak pelajar.
Sekolah yang terlibat adalah:
1. The International School of Penang (UPLANDS)
2. Dalat International School
3. St Christopher's Primary School (SCIPS)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD kerana sudi bersama-sama kami dalam menjayakan lawatan tersebut.